Ketua Unit Rondaan TH, Inspektor Abdullah Jauhari berkata, penambahan bila­ngan lokasi itu bertujuan memperluaskan lagi kawasan rondaan dalam usaha membantu jemaah yang tersasar terutamanya jemaah yang pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

“Pasukan kita akan ditempatkan di dalam dan luar kawasan masjid serta di tempat-tempat strategik untuk memben­dung masalah jemaah tersasar ini,” kata­nya semasa ditemui di sini semalam.

Menurut Abdullah, tugas utama pasukan itu sebagai penunjuk arah kepada jemaah haji yang tersasar atau terpisah daripada keluarga mereka di samping memberi bantuan sekiranya jemaah mengalami kecederaan atau penat semasa berada di masjid.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.