Pengarah Pemasaran Red Bull, Jessica Lim berkata, kumpulan pelajar yang mahu mewakili Malaysia dalam program tersebut boleh menghantar satu video berdurasi seminit sebelum tarikh tutup.

Katanya, video tersebut boleh dimuat naik ke laman web www.redbullcanyoumakeit.com

“Dalam video tersebut, setiap pasukan harus berkongsi ciri-ciri yang bersesuaian yang ada pada pasukan mereka bagi membolehkan mereka terpilih.

“Mereka kemudian perlu meraih undian online sebelum penilaian dijalankan oleh panel hakim untuk memilih pasukan yang akan mewakili Malaysia.

“Setiap pasukan harus terdiri daripada tiga pelajar universiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Jessica, pelajar antarabangsa juga dibenarkan bertanding.

Red Bull Can You Make It? 2018 bakal menyaksikan 200 kumpulan dari 60 negara menjelajah benua Eropah dengan jarak perjalanan lebih 1,000 kilometer dalam tempoh seminggu.

Para peserta terpilih akan bermula di satu daripada lima tempat permulaan yang ditetapkan iaitu Hungary, Sepanyol, United kingdom, Itali atau Sweden sebelum berakhir di Belanda.

Katanya, berbeza dengan pertandingan jelajah biasa, Red Bull Can You Make It? mencabar pesertanya menggunakan tin minuman Red Bull sebagai mata wang untuk segala keperluan mereka semasa perjalanan seperti makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. - K! ONLINE