Katanya, permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL iaitu http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/. 

Menurut beliau, pihaknya akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama manakala 135 penyewa untuk fasa kedua. 

"Permohonan pada fasa pertama Ogos ini dan mereka dijangka akan mula menyewa pada Oktober dengan kadar serendah RM100 seorang," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek perumahan bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini hari ini. 

Katanya, pihaknya telah memperuntukkan kira-kira RM7 juta bagi mengubah suai bahagian dalaman dua blok tujuh tingkat premis 54 dan 56 di Jalan TAR untuk projek itu melibatkan 'lower ground' sehingga tingkat empat untuk fasa satu dan fasa dua dari tingkat lima hingga tujuh dan bumbung untuk kedua-dua premis. - Bernama