Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan relif perisytiharan yang dimohon Petronas tidak termaktub di bawah Perkara 4(4) dan Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan.
Ahmad berkata, relif perisytiharan itu tidak terletak dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan sebaliknya di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Beliau menolak permohonan Petronas bagi kebenaran untuk memulakan prosiding terhadap kerajaan Sarawak dan memerintahkan syarikat minyak negara itu membayar RM50,000 sebagai kos kepada kerajaan Sarawak.
Sementara itu, Petronas menarik balik permohonannya bagi perintah penangguhan terhadap langkah kerajaan Sarawak untuk mula mengawal selia aktiviti huluan di negeri itu mengikut Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO) bermula 1 Julai tahun ini.