Badal haji adalah satu khidmat soko­ngan kepada mereka yang ingin melaksanakan ibadah haji kepada ahli keluarga atau sesiapa yang telah meninggal dunia.

Pengarah Operasi Bimbingan TH, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, kesemua permohonan badal oleh umat Islam Malaysia telah selamat diserahkan kepada pembadal yang terdiri daripada rakyat Arab Saudi, Indonesia dan Thailand yang tinggal di sini.

“Pendaftaran untuk badal haji bagi musim ini telah dibuka pada bulan Mei lalu melalui media sosial seperti Facebook TH dan aplikasi WhatsApp.

“Pemohon yang ingin menggunakan khidmat ini telah mendaftar di cawa­ngan-cawangan TH di seluruh negara,” ujarnya kepada Bernama semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.