"Isu sudah selesai," katanya ditanya pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, mengenai dakwaan perhimpunan berkenaan tidak mempunyai permit.

Mujahid, berlepas ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia setelah rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch pada Jumaat lepas, berkata beliau akan cuba pulang pada pagi Sabtu untuk menyertai perhimpunan itu. 

Mereka yang menyertai perhimpunan itu dikehendaki memakai pakaian berwarna putih dan tidak membawa sebarang logo parti politik.

Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan itu akan bermula di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada pukul 7 pagi, sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka mendengar ucapan kedamaian.

Selepas itu satu deklarasi yang membawa suara hati rakyat Malaysia yang menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan akan dibacakan. - Bernama