Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, penduduk di situ perlu mengambil peluang dengan meneroka tanaman itu yang diyakini dapat menjanjikan pulangan lebih besar.

"Di Langkawi, kelapa muda mencecah sehingga RM8 sebiji dan sering terputus bekalan kerana permintaan yang tinggi, jadi saya yakin pengusaha mampu memperoleh pendapatan lebih lumayan dengan tanaman kelapa pandan 
ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Kepimpinan Peladang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan serta Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Abd. Lateh Mohd. Saman.
Kata beliau, pihaknya mencadangkan agar kelapa pandan dipilih sebagai tanaman dalam program tanam semula di tanah Felcra di Langkawi.
"Ada sebahagian tanah Felcra yang belum ditentukan untuk tanam apa, jadi saya mahu cadangkan tanaman kelapa pandan berikutan kejatuhan harga getah ketika ini," ujarnya.-K! ONLINE