Bagaimanapun, urusan membawa pulang jenazah Mohd. Nazmi Ahmad Zubaidi, 30, tergendala selepas keluarganya tidak mampu menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM40,000 kepada pihak hospital.

Adiknya, Mohd. Nazrin, 29, berkata, Mohd. Nazmi dimasukkan ke Hospital Vachiraphuket pada pada 26 Januari lalu selepas terkena jangkitan kuman Burkholderia Pseudomallei.

"Menurut pihak hospital, jangkitan itu dipercayai berpunca daripada air dan tanah. Arwah mula mengalami simptom sakit dada, radang paru-paru, batuk dan kesakitan tulang selepas dua hari berada di Phuket.

"Ketika masih dalam rawatan, kami memerlukan RM70,000 untuk menanggung kos perubatan dan kini diperlukan RM40,000 pula bagi menjelaskan tunggakan bil sebelum jenazah boleh dibawa pulang," katanya.

Mohd. Nazmi yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik dan bekerja di sebuah syarikat swasta tiba di Phuket bersama tiga rakannya pada 24 Januari lalu untuk bercuti.

Mohd. Nazrin menambah, jenazah akan dikebumikan di Kampung Seri Muda di sini sejurus urusan menjelaskan tunggakan bil rawatan diselesaikan. - K! ONLINE