Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat nelayan di sekitar Kuala Perlis sejak Januari lalu, mereka pernah terse­rempak dengan haiwan itu.

“Ikan lumba-lumba itu dilihat menghampiri pinggir pantai untuk mencari makanan seperti anak ikan belanak, kedera dan udang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Perlis, Ismail Ibrahim berkata, pihak­nya sering menemui ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy, Indo-Pacific dan Bottlenose.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.