Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perlis, Azman Shah Ismail berkata, suasana mendung dan cuaca redup mendorong penurunan bacaan IPU itu.

"Punca jerebu yang berlaku pada Sabtu lalu sehingga semalam kerana aktiviti pembakaran dan pencemaran yang berlaku di negara jiran selain pembakaran jerami padi.

"Melihat kepada keadaan yang semakin baik, orang ramai kini boleh melakukan aktiviti luar seperti biasa.

"Namun, saya mengharapkan aktiviti pembakaran terbuka tidak dilakukan bagi memastikan keadaan terus terkawal dan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tinjauan Kosmo! Online hari ini turut mendapati, rakyat negeri ini dapat melakukan aktiviti rutin di luar kediaman seperti biasa.

Bacaan IPU di negeri ini melebihi 100 sejak Sabtu lalu sehingga semalam namun, mengalami perubahan drastik hari ini.

Perlis mempunyai kira-kira 280,000 penduduk dengan majoriti rakyatnya terlibat dalam bidang pertanian moden terutama padi dan mempelam harumanis sebagai sumber pendapatan utama. - K! ONLINE