Menurut laman web rasmi MetMalaysia, kriteria bagi peringkat waspada itu adalah hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari lagi atau hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Peringkat amaran hujan lebat terbahagi kepada tiga iaitu waspada (kuning), buruk (jingga) dan bahaya (merah).  - Bernama