Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berharap, negeri itu sekurang-kurangnya setanding dengan Mesir yang merupakan negara pengeluar terbesar buah tin khususnya bagi pasaran di seluruh pelusuk dunia.

"Projek penanaman buah itu diusahakan secara bersama antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.

"Pokok tin mula ditanam sejak Disember 2016 dan sejak tempoh itu, buah berkenaan mendapat permintaan yang tinggi khususnya melibatkan  negara anggota ASEAN.

"Malah, buah tin di ladang ini telah mula dituai sejak April tahun lalu," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran dan Pertukaran Memorandum Perjanjian bagi Projek IMT-GT Superfruit di tapak projek berkenaan di sini hari ini.

Purata buah tin yang dikutip di ladang projek itu adalah empat tan dalam tempoh sebulan.

Harga pasaran buah tin di negara ini kira-kira RM120 sekilogram.

Buah tin dikatakan mampu mencegah penyakit jantung, menurunkan kadar kolestrol dan baik untuk pesakit diabetis. - K! ONLINE