Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, jumlah berbentuk pencen bulanan sepanjang hayat tersebut boleh mencecah sehingga RM30 juta sekiranya dibayar berterusan.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 22 kes telah dilaporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang dan selebihnya akan dikemukakan secara berperingkat.

"Bagi kes yang telah dilaporkan kepada polis, ia melibatkan pengerusi sebuah badan kebajikan dan 10 suspek lain yang memalsukan dokumen dan memperdaya orang lain untuk bertindak sebagai pemohon semasa pemeriksaan perubatan.

"Kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan. Kita memandang serius perkara ini dan akan memastikan pihak tidak beretika dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media mengenai kegiatan penipuan tuntutan Perkeso di sini hari ini. - Bernama