Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran.

Katanya, perintah berkurung yang baharu akan bermula esok pada pukul 6 petang yang berkuat kuasa selama 24 jam.

Menurutnya perintah berkurung ini akan dilanjutkan selama 14 hari mulai Rabu ini (13 Mac) hingga 27 Mac pukul 6 petang.

"Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara pukul 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama