Mufti yang bersifat kritikal terhadap isu-isu semasa berlaku di negara ini berkata, banyak pihak yang bertanya soalan kepadanya berhubung tandas jenis apa sepatutnya dimasuki golongan LBGT.

"Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas.

"Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar.

"Jika ia keluar melalui alat sulit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita," katanya menerusi akaun Facebook rasmi beliau Dr.Maza.com hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Asri berkata, seandainya air kecil tidak keluar melalui alat sulit lelaki atau wanita, dinasihatkan individu tersebut pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

"Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kelainan upaya (OKU).

"Jika tidak berkemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri," katanya. - K! ONLINE