Daripada jumlah berkenaan, seramai 2,761 perwakilan mendaftar untuk perhimpunan berkenaan, 994 perwakilan bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita manakala Pergerakan Pemuda dan Puteri masing-masing 992 perwakilan.

Selain itu, seramai 51 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara juga mengesahkan kehadiran mereka selain turut disertai oleh 63 peserta daripada 17 buah parti politik dari 14 buah negara antarabangsa.

Perhimpunan parti politik Melayu terbesar itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 350 Mahasiswa Nasional (Pemanas) daripada 20 universiti awam dan 50 universiti swasta.

Dalam pada itu, perhimpunan kali ini menarik perhatian seramai 1,795 petugas media daripada 61 agensi media tempatan dan 14 agensi media antarabangsa yang turut mendaftar bagi membuat liputan perhimpunan merah-putih kali ini.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.