Seperti kelazimannya, hari pertama perhimpunan itu akan menyaksikan anggota perwakilan menghadiri  majlis taklimat tertutup Presiden UMNO yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan amanatnya termasuk tentang persiapan PRU14.

Acara penting pada hari pertama perhimpunan itu turut melibatkan perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menyuntik kesiagaan dalam menghadapi PRU14.

Selain itu, Laman Media yang menempatkan wakil-wakil media yang membuat liputan sepanjang  perhimpunan agung UMNO dan mini konvesyen penerangan parti juga akan dirasmikan hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung sehingga 9 Disember ini. - Bernama