Pengarahnya Mohd Hasdi Husin berkata tindakan itu diambil pihaknya kerana risau mengenai keselamatan penduduk terutama penoreh getah.

"Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri kerana risau harimau berkenaan akan bertindak ganas dan menyerang kembali penduduk kampung.

"Penduduk kampung juga dinasihatkan supaya tidak melepaskan binatang ternakan berkeliaran terutama pada waktu malam bagi mengelak kerugian kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 100 penduduk kampung itu hidup dalam ketakutan selepas kemunculan seekor harimau di kawasan berkenaan sejak dua minggu lepas. - Bernama