Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Hashim Ali berkata, pihaknya mempromosi kedua-dua akhbar berkenaan kepada masyarakat di beberapa lokasi tumpuan ramai di daerah ini seperti pasar tani dan pasar malam.

"Masyarakat termasuk ahli Pergerakan UMNO Bahagian Kemaman diseru agar terus istiqamah membeli kedua-dua akhbar pada setiap hari.

"Nilainya cuma RM3.50 setiap hari iaitu Kosmo! berharga RM1.50 dan Utusan Malaysia (RM2.50). Jika ada kekangan kewangan, memadai dengan melanggan e-paper (suratkhabar elektronik) yang berharga RM50 setahun," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu Hashim bersama anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman melancarkan kempen membeli Kosmo! dan Utusan Malaysia di Pasar Tani Chukai di sini semalam.

Beliau berkata, Kumpulan Utusan yang ditubuhkan pada tahun 1939 telah memainkan peranan besar kepada rakyat negara ini terutama Melayu sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi.

"Kelangsungan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia perlu dipertahankan bagi terus mewakili suara hati orang Melayu selain untuk tatapan generasi hadapan," katanya. - K! ONLINE