Menurutnya, perbincangan itu hanya melibatkan beberapa individu yang rapat dengan Anwar kerana memang dari segi operasi dan kempen parti itu selama ini hanya mereka yang lebih rapat yang terlibat.

"Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujuan mereka.

"Cuma ada keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua dan hanya akan dilakukan dengan beberapa orang di kalangan kami," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kompleks Dagangan Indera Mahkota di sini malam tadi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyelar Rafizi kerana disifatkan mendahului Wan Azizah apabila mengumumkan akan ada kerusi Parlimen dikosongkan pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-lapan. - Bernama