Baginda bertitah, walaupun tidak dinafikan pembalakan sebagai sumber pendapatan negeri namun ia seharusnya dilakukan secara terperinci bagi mengurangkan kesan ke atas alam sekitar. 

"Permasalahan utama yang dihadapi ialah pembalakan yang dilakukan secara haram dan ini yang kita semua sedang usahakan (untuk menanganinya)," titah baginda. 

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa ditemui selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-5 Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Canselor universiti itu Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman. 

Baginda diminta mengulas mengenai luahan penduduk di Janda Baik, Bentong dekat sini yang mahu pihak berwajib memberi perhatian terhadap permasalahan pembangunan dan pembalakan di situ. - Bernama