Menerusi program Cuti Sekolah 2017: Syoknya ke Perpustakaan bermula 6 hingga 31 Disember ini, PPANPs bakal mengadakan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif seperti ceramah keagamaan, kerjaya, kuiz membaca, bengkel kraftangan dan sukan.

"Semua program ini turut menyediakan cabutan bertuah yang merupakan tiga buah basikal serta pelbagai hadiah menarik lain.
 
"Lebih istimewa, terdapat sijil, hadiah penyertaan serta makanan dan minuman kepada setiap peserta," kata PPANPs dalam kenyataan di sini hari ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Zairina Hashim ditalian 04-9764 436 atau 017-4696 110. - K! ONLINE