Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, percantuman tersebut diadakan sebagai salah satu langkah khusus untuk peladang di sekitar Bagan Datuk dekat sini, kawasan Pantai Barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyarankan usaha tersebut di dalam Majlis Ekonomi dan Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini.

“Saranan tersebut diadakan kerana kita terpaksa mengimport sebanyak 7.5 juta biji kelapa setiap tahun berikutan bekalan komoditi tersebut tidak dapat menampung permintaan pengguna di negara ini.

“Dalam keadaan itu, saya mahu pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) membuat perancangan dalam tempoh jangka masa yang panjang untuk memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pekebun kelapa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perasmian Karnival Jalinan Peladang Peringkat Negeri Perak Parlimen Bagan Datuk di Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang di sini hari ini. - K! ONLINE