Pada PRK DUN Balakong, PH diwakili calon DAP, Wong Siew Ki, 32, berjaya mengalahkan calon lawan dari MCA, Tan Chee Teong, 40, dengan majoriti 18,533 undi.

PRK yang bermula pada pukul 8 pagi dan ditutup 5.30 petang itu hanya merekodkan 43 peratus pengundi keluar mengundi daripada jumlah 62,219 orang berdaftar yang layak mengundi.

Peratusan keluar mengundi yang pa­ling rendah di negara ini dicatatkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak iaitu 15.3 peratus pada tahun 2006.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.