“Tiada negara yang mampu memerangi keganasan secara bersendirian. Sekiranya kita le­bih bersatu, maka akan menjadi lebih berkesan dalam memerangi ancaman yang dahsyat dan tidak berperikemanusiaan ini.

“Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang selamat daripadanya. Tetapi, andainya kita bersatu, kita akan lebih selamat,” kata Najib ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Penutupan Persidangan Pencegahan Keganasan di Pusat Persidangan Antarabangsa Sydney di sini.

Persidangan itu adalah antara acara utama yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia selama dua hari bermula semalam.

Najib ialah satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput memberi ucapan pada majlis penutupan persidangan itu. Seorang pemimpin lagi ialah Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.