Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, ini dibuktikan dengan keprihatinan kerajaan membina rumah mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki rumah.

Beliau berkata, Perak merupakan negeri yang menawarkan harga rumah paling murah serendah RM35,000 di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Kita tubuhkan lembaga perumahan supaya kita dapat jual harga rumah yang murah kepada rakyat. 

"Nak buat satu rumah harganya RM170,000 sebuah, tetapi dengan subsidi kerajaan terutama untuk membantu rakyat berpendapatan rendah, rumah tersebut dijual dengan harga RM35,000," katanya. - Bernama