Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, ini kerana pihaknya tidak melakukan penelitian secara terperinci sebelum memuat naik klip video berkenaan di laman sosial. 

Beliau, bagaimanapun berkata klip video yang dimuat naik itu hanya sebagai contoh dan bukannya untuk kegunaan rasmi Sukma Perak yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 22 Sept ini. 

"Kami akui video itu dimuat naik oleh kami sendiri selepas segala proses pembikinan video berkenaan disiapkan pihak dipertanggungjawabkan. Kami mungkin terlepas pandang terhadap perkara itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Pada Ahad lalu (26 Ogos), klip video Sukma Perak berdurasi 19 saat itu dikritik netizen selepas didakwa meniru teknik klip video Taipei in Motion 2017 yang dihasilkan khusus untuk kejohanan Summer Universiade di Taiwan pada 19 hingga 30 Ogos, tahun lepas. - Bernama