Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, pihaknya kini dalam proses menyiapkan kertas kerja mengenai perancangan masa depan pulau itu untuk dibentangkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat.

"Sama ada Pulau Sembilan kekal ditutup atau dibuka kepada orang ramai akan ditentukan oleh kerajaan, kita perlu tunggu selepas kertas kerja siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Tourism Perak di sini malam tadi.

Pulau Sembilan ditutup sejak 1 April tahun lepas disebabkan kerosakan ekosistem alam terutama membabitkan 'blue sand' di beberapa kawasan di sepanjang kawasan pantai tersebut.

Menjelas lanjut, Tan berkata, proses pemuliharaan pulau berkenaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah selesai sepenuhnya. - Bernama