Budak perempuan yang dikenali sebagai Ayu itu berkata, dia bernikah dengan lelaki berusia 41 tahun itu pada Hari Raya Aidilfitri keempat yang lalu selepas dibawa oleh kedua-dua ibu ba­panya ke Selatan Thailand.

Dakwanya, sehingga kini dia tidak pernah lagi tidur bersama suaminya yang dipanggil Abe selain telah berjanji hanya akan tinggal bersama apabila menginjak usia 16 tahun.

“Biarpun ramai yang marahkan saya selepas kisah kami tular di Facebook, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya,” kata Ayu ketika ditemui di rumah keluarganya di pekan Gua Musang semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.