Tidak salah jika hendak berangan meraikan hari raya bersama keluarga dengan sebuah kereta Proton X70 baharu, apatah lagi ia boleh dimiliki dengan hanya menyertai peraduan Yeo’s Raya Bergaya.

Lebih teruja, peraduan yang berlangsung sehingga 9 Jun depan itu juga memberi peluang kepada 25 pemenang bertuah untuk memenangi duit raya berjumlah RM500 setiap minggu. Hebat bukan?

Untuk menyertai peraduan tersebut, anda perlu membeli mana-mana produk minuman Yeo’s, Cintan, Tong Nam dan Justea bernilai RM8 dalam satu resit.

Peraduan ini sangat mudah kerana anda mestilah memuat naik resit tersebut di aplikasi WhatsApp beserta nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor rasmi resit.

peraduan cara

Bagaimanapun, setiap gambar yang dimuat naik perlu jelas dan memenuhi kriteria supaya penyertaaan anda tidak ditolak.

Setiap penyertaan perlu dihantar melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-212 4873 dan akan menerima satu notifikasi rasmi daripada Yeo’s dalam tempoh tiga hari waktu bekerja serta pastikan anda menyimpan resit itu untuk tujuan pengesahan. 

Dalam pada itu, minuman kegemaran ramai, Yeo’s Soya kini dijual dengan saiz baharu iaitu dalam botol satu liter.

Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana minuman yang kini dipek di dalam botol itu tidak mudah tumpah, senang disimpan dan boleh dikitar semula selain sangat sesuai untuk dijadikan hidangan seisi keluarga sewaktu bersahur serta buka puasa.

Justeru itu, mari dapatkan produk minuman Yeo’s yang sememangnya mampu menawarkan rasa dan pengalaman yang hebat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Jika ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut, anda boleh layari dan tonton video https://bit.ly/2Hyb58o di Facebook rasmi Kosmo! Online. – K! ONLINE

soya
Yeo’s Soya kini dijual dalam botol satu liter.