Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, sehubungan itu, 10,795 calon peperiksaan ACCA sesi Jun 2019 yang terlibat dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan seperti yang dijadualkan.

"Memandangkan peperiksaan ACCA merupakan peperiksaan bertaraf profesional, KPM komited dalam menjaga kepentingan calon Malaysia yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini.

"Ia selain menjaga jalinan kerjasama yang telah lama wujud antara KPM dan pihak ACCA," katanya di sini hari ini.

KPM berkata, peperiksaan itu dikendalikan secara serentak di 400 buah pusat peperiksaan di 170 negara seluruh dunia.

Menurutnya, peperiksaan itu melibatkan 37 pusat peperiksaan di 13 negeri seluruh Malaysia.

"Seramai 363 orang petugas peperiksaan dilantik atas dasar penawaran secara sukarela," katanya. - K! ONLINE