Penyu betina yang dianggarkan seberat 80 kilogram itu ditemui seorang pengutip telur penyu yang sedang bertugas pada pukul 9 pagi.

Pegawai Penyelidik Perikanan Institut Penyelidikan Perikanan Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesis Marin Terancam (FRI) Rantau Abang, Mohd. Tamimi Ali Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan penemuan penyu agar atau nama saintifiknya, Chelonia Mydas berkenaan.

"Sebahagian besar badan penyu agar dewasa didapati dalam keadaan tertimbus di dalam pasir pantai dengan sebahagian cengkerangnya mengalami luka dan jangkitan kuman.

"Haiwan itu berada dalam keadaan sangat lemah sehingga tidak mampu untuk mencari makanan sendiri dan dipercayai telah kehilangan hampir 50 peratus daripada berat asalnya," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Tamimi berkata, penyu agar dewasa itu telah dibawa ke FRI Rantau Abang untuk menjalani rawatan. - K! ONLINE