Difahamkan, seawal pukul 11 pagi tadi para penyokong mula berkumpul bagi menyambut kepulangan Musa yang dijadualkan tiba lebih kurang pukul 12.45 tengah hari ini.

Suasana di KKIA2 setakat ini masih lagi terkawal dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas lebih tiga bulan meninggalkan negara kerana menjalani rawatan kesihatan di London, United Kingdom dan Singapura serta rawatan susulan di Subang Jaya Medical Centre, Selangor bermula pada 21 Ogos lalu, kini Musa pulang ke Sabah.

Dimaklumkan, sejurus tiba di sini bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berusia 67 tahu  itu akan dihantar ke Jesselton Medical Centre sebelum menyempurnakan proses angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga pada bila-bila masa. - K! ONLINE