Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang itu, mangsa yang berusia 38 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang melakukan pemeriksaan terhadap rasuk jambatan bersama tiga rakan sekerja sebelum terjatuh.

“Mangsa dikatakan terjatuh di antara ruang rasuk jambatan pada ketinggian kira-kira 10 meter dari jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Siasatan juga mendapati mangsa memakai pakaian serta peralatan keselamatan ketika kejadian dan tiada unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan jenayah kerana ia merupakan kemalangan di tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan turut di panggil bagi melakukan siasatan berhubung tahap keselamatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya. - K! ONLINE