Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan lelaki berusia 50 tahun itu pada pukul 11.05 pagi oleh orang awam. 

"Saksi memaklumkan ketika kejadian mangsa berada seorang diri bersebelahan tiang lampu isyarat sebelum secara tiba-tiba rebah dan kaku. 

"Pasukan paramedik mengesahkan yang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama