Dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu usaha lelaki berbangsa India dan Cina masing-masing berusia 36 tahun bersama seorang wanita Melayu berusia 22 tahun bagaimanapun gagal apabila mereka ditahan selepas melarikan diri sejauh 35 kilometer (km).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, sebelum ditahan sebuah kereta peronda dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melakukan rondaan di lebuh raya berkenaan sebelum melihat kenderaan itu yang dalam keadaan mencurigakan.

"Pihak polis mengarahkan suspek yang memandu kereta tersebut berhenti dengan membunyikan siren namun tidak diendahkan sebelum memecut laju.

"Semasa mengejar mereka, kenderaan dinaiki tiga suspek itu memandu melawan arus sebelum melanggar sebuah kereta peronda polis dari IPD Seri Alam, Pasir Gudang dan dua kereta orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, polis mengejar suspek sejauh 35km sebelum mereka berjaya ditahan di kawasan Flyover Jalan Datin Halimah, Larkin di sini.

k
Polis merampas satu batang allen key yang diubah suai, satu batang spanar saiz 10 serta satu batang pengumpil kuku kambing berwarna hijau dipercayai untuk kegunaan samun.

Beliau berkata, hasil siasatan menemukan beberapa peralatan dipercayai untuk samun iaitu satu batang allen key yang diubah suai, satu batang spanar saiz 10 serta satu batang pengumpil kuku kambing berwarna hijau.

Katanya, kereta Honda Civic FC itu merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE.