Beliau berkata antara sebab keputusan itu dibuat kerana kurangya sambutan  daripada   masyarakat  setempat selain untuk menjimatkan kos yang perlu ditanggung kementerian.

"Keputusan ini adalah keputusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perbelanjaan atau kemudahan diberikan kepada rakyat secara maksimum dan kita tidak mampu menanggung lagi rancangan yang tidak menguntungkan kerajaan," katanya dalam satu program bual bicara di sini hari ini.

Aminuddin berkata walaubagaimanapun, kerajaan negeri bersedia untuk mengekalkan RTC Rembau sekiranya masyarakat di kawasan itu benar-benar mahu mempertahankannya.

"Saya minta maaf kepada masyarakat khususnya di Rembau kerana RTC di situ hanya melibatkan  enam agensi iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Tenaga Kerja, kaunter Majlis Daerah Rembau, Pusat Zakat dan Baitulmal.

"Kita lihat keenam-enam agensi tersebut ada di kawasan berdekatan, tetapi jika masyarakat betul-betul mempertahankan RTC tersebut kita mungkin akan ubah (keputusan untuk menutup) tetapi kerajaan negeri terpaksa menanggung beban tersebut dan kita akan jadikan ia sebagai mini RTC," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak terlibat pada Isnin ini untuk mendapatkan maklum balas lebih lanjut tentang perlu atau tidak mengekalkan RTC Rembau.

"Apa yang penting kalau kita teruskan, kita nak rakyat menggunakan kemudahan itu secara maksimum dan kita tak nak tenaga kerja di sana (RTC) tidak dioptimumkan kerana kita ingin menjadi sebuah kerajaan yang produktif," katanya. - Bernama