Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. (SMART)  dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan beberapa jalan sekitar dan laluan masuk terowong tersebut adalah termasuk keseluruhan Jalan Imbi di hadapan Berjaya Times Square, manakala laluan bertentangan di Jalan Imbi ke Jalan Sultan Ismail dibuka seperti biasa.

"Selain itu, jalan yang ditutup termasuklah susur masuk ke Jalan Kampung Pandan melalui persimpangan lampu isyarat di Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail serta susur masuk ke Jalan Kampung Pandan melalui Jalan Barat.

"Penutupan ini turut melibatkan susur masuk ke Jalan Kampung Pandan melalui Jalan Changkat Thambi Dollah dan susur masuk ke Jalan Sultan Ismail dari Bulatan Kampung Pandan. Semua kenderaan akan dilencongkan ke Jalan Davis, sementara laluan di Bulatan Kampung Pandan dibuka seperti biasa," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan jalan tersebut turut melibatkan laluan masuk di tanjakan Jalan Kampung Pandan dari Jalan Perkasa menuju ke Jalan Sultan Ismail. - Bernama