KPM dalam satu kenyataan berkata, perkara seperti penutupan 21 IPG adalah tidak munasabah dibincangkan ketika pihak kementerian sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan perguruan bagi meningkatkan kualiti latihan guru di negara ini.

"Ketika ini, KPM berpandangan sebarang perancangan haruslah melibatkan semua pemegang taruh terutamanya para pensyarah dan pelajar IPG.

"Ini termasuklah mengambil kira kesan jangka masa panjang dan masa hadapan landskap pembinaan pembangunan profesionalisme keguruan," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, cadangan penutupan 21 daripada 27 IPG di seluruh negara pada tahun depan adalah polisi kerajaan terdahulu.

Beliau turut menegaskan, sebarang kenyataan berkaitan status IPG seharusnya merujuk kepada kementerian terlebih dahulu. - K! ONLINE