Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa, Insyirah Az-Zahra Mohd. Jasni, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Insyirah merupakan penuntut jurusan Sarjana Muda Sains Statistik Industri UUM.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penguasa Bomba Tuan Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.58 petang dan tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang mangsa perempuan yang telah meninggal dunia dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kenari.

"Anggota dari Balai Bomba dan Bukit Kayu Hitam kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

"Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke asramanya di kampus UUM di Sintok dekat sini dari rumahnya di Sungai Petani," tambahnya. - K! ONLINE