Ketua Polis Da­erah Padang Besar, Pemangku­ Superintendan Muha­mad Halim Yatim ber­kata, mangsa, Nur Hayanis Hairunizan, 20, yang merupakan pelajar tahun satu dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan mengikuti aktiviti mendaki bersama 24 rakannya dan tiga tenaga penyelaras program pada pukul 8.30 pagi kelmarin.

Bagaimanapun katanya, Nur Hayanis dikatakan telah jatuh tersembam ketika me­nuruni bukit bersama bebe­rapa kumpulan pelajar yang lain pada pukul 3.30 petang.

“Mangsa kemudian berdiri semula dan berjalan dia kemudian kembali rebah dan pengsan.

“Pasukan penyelamat telah digerakkan bagi memberi bantuan kecemasan tetapi mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Fau­ziah (HTF),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HTF untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.