Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11 pagi itu, mangsa, Anas [email protected], 20, yang berasal dari Bandar Bera, Pahang itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM VF3i 185 sedang dalam perjalanan dari arah utara ke selatan. 

“Tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan apabila dia cuba mengelak sebuah kenderaan yang berada di lorong kiri jalan. 

“Keadaan jalan yang basah akibat hujan lebat menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan menggelongsor ke lorong kanan sebelum digilis sebuah bas ekspres yang berada di lorong tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Razali, bas tersebut cuba memberhentikan kenderaan namun akibat jarak yang dekat, pemandu berusia 54 tahun itu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa yang berada di atas jalan. 

“Akibatnya mangsa disahkan maut di tempat kejadian sebelum dia dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat. 

“Pemandu bas ekspres pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE