Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal LC130 tidak menyedari sebuah pacuan roda berhenti di bahu kiri jalan kerana mengalami kerosakan tayar.

Mangsa yang dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Pohon Batu tersebut tidak sempat menggelak lalu melanggar pintu kanan kenderaan terbabit yang sedang terbuka sebelum tercampak ke atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Labuan, Asisten Komisioner, Adzhar Othman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

"Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses bedah siasat," katanya hari ini.

Sementara itu, pemilik Range Rover berusia 39 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE