Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Mohd. Haziq Haikal Yahaya yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Melaka menuju ke Senawang dekat Seremban disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota polis dan peronda Lebuh Raya Utara-Selatan mengambil masa 15 minit untuk mengutip cebisan otak mangsa di atas jalan selepas tubuhnya digilis beberapa kenderaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tercampak di atas jalan dipercayai sebaik melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

Menurut beliau, Mohd. Haziq Haikal yang berasal dari Kampung Kundur Hulu, Rembau tercampak di lorong kiri jalan digilis beberapa kenderaan lain. Polis masih mengesan kenderaan terlibat. - K! ONLINE