Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.45 malam daripada orang awam.

“Seramai 15 anggota beserta sebuah jentera dari  Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlakunya kemalangan yang melibatkan enam kereta serta sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu dan penumpang kenderaan lain yang cedera diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).- K! ONLINE