Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu, Liong Jun Kit, 16, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai aksesori lori di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC cuba memotong lori terbabit di sebelah kiri jalan berhampiran lampu isyarat.

"Mangsa dikatakan cuba mengelak satu kon yang berada di sebelah kiri jalan sebelum bergesel dengan lori yang dipandu oleh lelaki India itu.

"Akibatnya, motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh menyebabkannya digilis oleh tayar belakang lori berkenaan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Tambahnya, ujian urin yang dijalankan terhadap pemandu lori mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut. - K! ONLINE