Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi tersebut, mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pembonceng, 21, kini dirawat di zon merah, Hospital Duchess of Kent di sini akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Kominisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari Batu 14 menuju ke sebuah kilang di Jalan Seguntur dekat sini.

“Semasa melalui simpang tiga di Jalan Bambangan secara tiba-tiba motosikal mangsa keluar dari simpang lalu melanggar bahagian tepi kanan lori sebelum diseret lebih kurang lima meter.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala rakannya pula cedera parah,” katanya hari ini.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE