Mangsa, Mohd. Sahami Amur, 54, meninggal dunia kira-kira pukul 10.40 pagi selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori ais kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 42 tahun itu telah melanggar belakang motosikal.

"Ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dari arah yang sama.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal cedera parah dan dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.40 pagi," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, hasil bedah siasat di Hospital Balik Pulau di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Sementara itu, Anbalagan berkata, pihaknya menahan pemandu lori berkenaan selepas dia disahkan positif syabu berdasarkan ujian saringan air kencing.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian. - K! ONLINE