Dalam kejadian pada pukul 11.50 malam itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) dekat sini.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit yang berusia 18 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintendan Roni Abd. Rahim berkata, sebelum kejadian kereta Proton Saga itu dalam perjalanan ke Kampung Maang dari arah pekan Donggongon.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan tersebut disyaki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang telefon di tepi jalan.

“Akibatnya, mangsa yang duduk di bahagian hadapan penumpang cedera parah kerana tersepit tetapi berjaya dikeluarkan bantuan pasukan bomba dan segera dihantar ke hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE