Katanya, penyertaan PBS itu diharap akan dapat mempertingkat masa bertindak selama 10 minit di seluruh negara terutamanya di kawasan-kawasan kekurangan balai bomba.

"Kita dah ada balai bomba sebanyak 298 buah dan kita harap boleh capai paling tidak 80 peratus 'respond time' atau masa bertindak di kawasan-kawasan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Penubuhan PBS juga dilihat dapat memberikan respond time dengan lebih cepat untuk kawasan-kawasan yang kekurangan balai bomba," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Pindaan), di sini hari ini.

Pada 4 April lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 1988 bagi meletakkan PBS di bawah seliaan JBPM.

Edwin berkata, dalam taklimat itu pihaknya turut memberi penekanan terhadap Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) yang memberi fokus kepada peningkatan keselamatan dan pencegahan kebakaran di tempat berisiko. - Bernama